Kesimpulan Cara Penyelesaian Berdasarkan Warna:
Hijau: Mula dengan kumpul data dan analisis masalah mesin secara mendalam. Mereka pastikan setiap keputusan dibuat berasaskan fakta yang jelas.
Merah: Tindakan segera diambil untuk membaiki mesin. Merah akan pastikan masalah diselesaikan dengan cepat supaya operasi boleh kembali seperti biasa tanpa penangguhan.
Biru: Jaga moral pasukan dan pastikan komunikasi yang baik. Biru pastikan semua ahli team tahu perkembangan terkini dan tiada siapa yang rasa tersisih atau tidak dihargai.
Ungu: Selepas itu, fikirkan penyelesaian jangka panjang. Mereka akan mencadangkan inovasi atau teknologi baru yang dapat mengelakkan masalah yang sama daripada berulang.
Dengan gabungan gaya pemikiran ini, masalah mesin dapat diselesaikan secara efektif, memastikan penyelesaian segera, sambil menjaga hubungan baik dalam pasukan dan mencegah kesilapan berulang.