HRX TEAM
THE HR
Lulusan Ijazah Perdagangan Antarabangsa dari Universiti Teknologi MARA (UiTM). Khairul telah bekerja dalam bidang sumber manusia selama hampir 16 tahun, dengan pengalaman dalam pelbagai sektor seperti industri outsource, perbankan, runcit, dan pembuatan. Sekarang, Khairul berkhidmat sebagai Pengurus Sumber Manusia dalam industri kejuruteraan.
THE ACCOUNTANT
Lulusan Ijazah Perakaunana dari Universiti Teknologi MARA (UiTM). Sarah telah bekerja dalam bidang Perakaunan selama hampir 14 tahun, dengan pengalaman dalam Auditing, Retail dan juga Oil & Gas. Sekarang, Sarah berkhidmat sebagai Akauntan dalam industri oil and gas.
The Trainer (Academic)
Beliau berkhidmat selama 13 tahun dalam industri perbankan, dengan jawatan terakhir sebagai Pegawai Kawalan Kredit Wilayah di HSBC Bank Malaysia Berhad. Selepas itu, beliau beralih ke industri insurans, bekerja dalam jualan korporat bersama ING Insurance selama 7 tahun, diikuti 5 tahun dalam bahagian latihan di AIA Malaysia. Jawatan terakhir beliau sebelum bersara pada tahun 2014 ialah Ketua Akademi Perniagaan Korporat (Bahagian Latihan) di Syarikat Takaful Malaysia.
The Consultant (Keusahawanan)
Dr. Siti Amaliya merupakan pensyarah kanan di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dengan PhD dari institusi yang sama, serta berpengalaman lebih sedekad dalam membimbing pelajar Master dan ijazah. Sebagai penyelaras ODL dan kursus untuk Entrepreneur Behavior di UMK, beliau berdedikasi dalam membantu pelajar mencapai matlamat akademik dan mengasah kemahiran keusahawanan mereka. Di samping itu, beliau turut berkhidmat sebagai Jurulatih Penasihat Perniagaan di bawah SME Bank dan merupakan jurulatih bertauliah dalam e-keusahawanan oleh MDeC serta pemecut pemasaran digital oleh Singapore International Foundation.