Pertama saya bukanlah seorang pakar, sifu, guru, atau lain-lain panggilan yang tahu semua perkara dan pakar dalam HR. Saya cuma orang biasa yang bekerja dan menjalankan rutin harian dalam bidang HR dan admin selama hampir 16 tahun.
Idea untuk menjadikan Virtual Services bermula, pada tahun 2017-2018. Ketika ini saya bertugas di jabatan HR yang menguruskan 16 cawangan sebuah syarikat, saya menghadapi tugas berat kerana terpaksa membuat tugas-tugas sehingga lewat malam. Namun keadaan masih tidak berubah, kerana terlalu banyak rungutan daripada kakitangan. Turnover staf tinggi, dan kebanyakkan menyuarakan pengurusan yang tidak sistematik antara sebab mereka keluar dari Syarikat.
Sehingga MD meminta saya untuk mencari alternatif sistem sendiri kerana untuk waktu ini kami tidak mampu untuk melanggan sistem HR pintar yang mencecah puluhan ribu tidak termasuk kos training dan langganan bulanan. Allhamdulillah selepas 6 bulan, kami telah menggunakan sistem digital yang dibangunkan sendiri untuk menyelesaikan kerja-kerja pengurusan.
Percaya atau tidak, dengan kos yang sangat minimum, kami berjaya mengimplementasikan perubahan berikut:
Punch Card ke Sistem Online: Kami menggantikan penggunaan punch card dengan sistem kehadiran dalam talian. Ini membolehkan kami memantau kehadiran pekerja di semua cawangan secara real-time.
Pengurusan Cuti Digital: Tiada lagi lambakan borang cuti atau kelulusan tertunda yang meresahkan kakitangan. Semua permohonan cuti diuruskan secara dalam talian dengan mudah dan efisien.
Laporan Atas Talian: Semua laporan dibuat secara digital, mengurangkan penggunaan kertas dan kos penyelenggaraan mesin fotostat sehingga 80%.
Rekod Latihan Internal: Semua latihan dalaman direkod dan dicatat dalam laman web, memastikan penyusunan yang baik dan tiada lagi penggunaan manual kertas.
Memo dan Handbook Digital: Memo dan handbook polisi syarikat kini sepenuhnya digital, menghapuskan keperluan untuk surat-menyurat atau pos setiap kali ada kemas kini.
Kos Pengambilan Berkurang: Kos pengambilan pekerja menurun sehingga 75% dengan menggunakan platform media sosial berbanding menggunakan konsultan pengambilan.
Ini pengalaman berharga, seronok bila boleh membawa perubahan, mudahkan kerja untuk semua dan jimatkan kos Syarikat. Pengalaman pahit, dalam seminggu 4 hari tidur ofis kerana teruja membuat benda-benda baru. Bila dirumah, baru sahaja saya menghadap depan laptop. Anak kecil perempuan saya berkata " Ayah ini asyik work, work, work jer".
Sehingga ke hari ini, setiap kali saya bertukar tempat kerja, saya akan membawa sistem digital yang diubahsuai mengikut operasi dan budaya syarikat tersebut. Saya percaya setiap syarikat mempunyai keperluan sistem yang tersendiri.
Saya yakin pengurusan HR, akaun, operasi, pembelian, admin, perkhidmatan pelanggan, dan lain-lain boleh divirtualkan. Ramai tenaga pakar yang boleh bekerja dari rumah dengan berkesan. Sayang sekali, kebanyakkan tenaga pekerja profesional yang tidak dapat berkerja di pejabat atas kekangan peribadi, kesihatan, keluarga, dan tidak dapat berkerja di bidang kemahiran mereka.
Kerana itulah HRX-PRESS hadir, kerana saya faham bagi sesetengah Syarikat yang baru nak memulakan perniagaan ataupun Syarikat yang ingin menjaga cashflow yang ketat tidak mampu untuk menggajikan tenaga profesional dan berpengalaman sehingga sulit menjalankan operasi perniagaan.
Begitu juga dengan tenaga profesional dan berpengalaman, yang tidak dapat berkerja sepenuh masa. Jadi kenapa tidak HRX menjadi platform membantu pemilik perniagaan dan juga pekerja profesional melakukan kerja secara virtual membangunkan atau menguruskan sistem pengurusan Syarikat anda. Semoga ia memberi manfaat kepada pemilik perniagaan dan juga freelancer services.