SENARIO 1
Mesin pengeluaran tiba-tiba rosak, dan bos berharap Ali, yang dah 15 tahun menjaga mesin tersebut, untuk selesaikan masalah. Bos dah bagitahu apa yang dia nak dan apa yang Ali perlu buat. Tapi kerja yang patut selesai dalam 3 hari, dah lebih seminggu masih tak siap.
Biasanya, orang bahagian operasi macam Ali cenderung kepada Brain Color Ungu. Mereka fokus pada proses dan penyelesaian yang lebih mendalam. Dalam kes ini, Ali mungkin lebih memahami masalah mesin secara mendalam dan melihat ada cara yang lebih baik untuk selesaikan masalah, tapi tak ikut arahan bos 100%. Ini sebab Ali rasa ada proses yang lebih berkesan yang boleh menyelesaikan masalah jangka panjang.
Masalahnya, orang dengan Brain Color Ungu kadang-kadang kurang melibatkan orang lain atau tak peduli pendapat orang yang tak faham proses macam mereka. Kerjasama pun boleh jadi sukar dan mungkin timbul perselisihan faham dengan orang yang mahukan keputusan cepat.
Cabaran utama: Penyelesaian yang Ali cadangkan, walaupun mungkin terbaik untuk jangka panjang, tak memenuhi keperluan bos untuk penyelesaian segera. Ini boleh menyebabkan operasi terganggu lebih lama sebab tak ada penyelesaian segera sementara tunggu pelan jangka panjang dilaksanakan.
Untuk elakkan masalah ni, penting untuk ada komunikasi terbuka antara Ali dan bos. Ali perlu jelaskan kenapa dia pilih proses yang lebih baik dan mungkin boleh cadangkan pelan interim untuk memperbaiki mesin sementara menunggu penyelesaian jangka panjang dilaksanakan. Bos pula perlu fahami pendekatan Ali tapi juga tekankan keperluan untuk keputusan cepat bagi elak kerugian operasi.
SENARIO 2
Mesin pengeluaran tiba-tiba rosak, dan bos berharap Ali, yang dah 15 tahun menjaga mesin tersebut, untuk selesaikan masalah. Bos dah bagitahu apa yang dia nak dan apa yang Ali perlu buat.
Cuma bezanya bos telah menggerakkan team menyelesaikan masalah bersama, dan orang yang TEPAT, bagi menangani masalah ini secara pantas dan BIJAKSANA. Sebenarnya Ali adalah orang yang TERAKHIR di dalam fasa ini.
Bila mesin rosak dan operasi tergendala, ahli pasukan dengan pemikiran Color Brain yang berbeza akan bagi idea mereka dengan cara unik untuk selesaikan masalah ni. Jom kita tengok macam mana setiap 'warna otak' bertindak dalam situasi ni:
FASA PERTAMA PROJEK SELESAIKAN MASALAH
Bos melantik orang pertama yang diminta ke depan adalah Abu, Abu seorang color brain HIJAU. Orang Hijau akan jadi yang pertama cadangkan kita kaji punca masalah. Mereka nak semua data prestasi mesin, laporan maintenance, dan rekod dulu sebelum buat apa-apa.
Apa ayat orang Hijau bila cakap:
"Okey, sebelum buat apa-apa, jom kumpul semua data dulu. Tengok ada tak corak rosak sebelum ni, atau mungkin ada part yang dah haus."
"Kalau ada rekod lama pasal ni, kita guna untuk cari punca sebenar."
Fokus orang Hijau: Pastikan semua info jelas sebelum buat tindakan seterusnya.
FASA KEDUA PROJEK SELESAIKAN MASALAH
Selesai lengkap kerja Abu. Sekarang tugas Aiman, Aiman seorang color brain MERAH. Orang Merah (Suka Bertindak Pantas) – Terus Buat Tindakan
Bila orang Hijau dah dapat data, orang Merah akan push untuk bertindak cepat supaya tak buang masa.
Apa ayat orang Merah cakap:
"Dah tahu masalahnya? Okey, terus panggil teknisi. Jangan tunggu lama. Kalau perlu alat ganti, terus pesan."
"Buat comparison kos, cari mana supplier barang yang berkualiti pada harga terbaik."
"Sementara tunggu, susun semula jadual kerja supaya downtime tak lama sangat. Kalau perlu, buat OT untuk kejar backlog."
Fokus orang Merah: Selesaikan masalah cepat dan pastikan operasi pulih segera.
FASA KETIGA PROJEK SELESAIKAN MASALAH
Time sibuk-sibuk selesaikan problem, jangan lupa jaga TEAM kita. Sebab ada isu tuding menuding jari dan juga saling menyalahkan. Jika team rosak, mesin elok pun dah tak guna. Dalam keadaan tegang, Anwar seorang color brain BIRU akan ambil alih. Orang biru (Peduli Perasaan Orang) – Langkah Jaga Suasana & Komunikasi. Bila tindakan dah diambil, orang Biru akan fokus pada perasaan team supaya semua okay dan tak stress.
Apa ayat orang Biru cakap:
"Mesin tengah repair, tapi kita kena jaga moral team. Bagi tahu apa yang berlaku, jangan biar mereka rasa tertekan."
"Lepas ni, buat sesi feedback dengan operator dan teknisi. Mana tahu, ada idea untuk perbaiki cara kita handle mesin."
"Jom kita buat solat hajat bersama-sama. Agar diselesaikan masalah dan kita bersatu hati."
Fokus orang Biru: Pastikan team rasa didengar dan tak ada yang rasa tertekan.
FASA TERAKHIR PROJEK SELESAIKAN MASALAH
Barulah tugasan terakhir diberikan kepada orang brain color UNGU iaitu Ali. Orang Ungu (Suka Inovasi & Idea Baru) – Cari Solusi Jangka Panjang
Bila operasi dah okay, Ungu akan cadangkan penyelesaian jangka panjang untuk elak masalah berulang.
Bila semua dah jelas, dah team disusun, barulah orang Ungu pantas membuat kerja dan selesaikan stage terakhir masalah ini.
Apa orang Ungu cakap:
"Mesin dah okey, tapi kita kena fikir jangka panjang. Apa kata guna sensor yang monitor mesin 24/7 supaya kita tahu awal kalau ada masalah."
"Atau, explore automasi untuk beberapa bahagian operasi, supaya kita tak bergantung sangat pada mesin lama."
Fokus orang Ungu: Cari solusi kreatif supaya masalah tak berulang dan tingkatkan efisiensi operasi.